Cara Buat Blog WordPress Secara Profesional 2017 

Saya telah buat blog wordpress sejak 2009 dan sehingga kini saya masih menggunakan wordpress sebagai landasan utama saya. Kebanyakkan website yang dibangunkan pada hari ini juga menggunakan perisian wordpress. WordPress digunakan secara meluas pada hari ini untuk pelbagai jenis website bukan sahaja untuk blog. Kenapa WordPress diguna secara meluas?

Fakta Mengenai WordPress – WordPress dilancarkan pada 2003 dan perisian ini boleh dipasang secara percuma (Open Source) dan pada hari ini, Worpress merupakan sistem pengurusan kandungan (CMS) yang paling popular.

 

1. Pendahuluan – 6 Faktor Utama Kenapa WordPress Sangat Popular dikalangan Pembangun Laman Sesawang

1. WordPress Merupakan Perisian Percuma – Sumber Terbuka

Perisian yang dibekalkan adalah percuma dan tidak dikenakan apa-apa cas kepada kita sebagai pengguna. Perisian ini boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi wordpress.org. Bagaimanapun, anda tidak perlu risau, kerana selepas anda membeli domain dan hosting, syarikat hosting telah menyediakan kemudahan pemasangan dengan hanya dengan 1 klik sahaja.

2. Boleh Membangunkan Sebarang Jenis Laman Sesawang Yang Anda Mahukan

Sebut sahaja jenis laman sesawang dengan fungsi yang anda mahukan, boleh dikatakan semuanya jawapanya adalah YA. Selain dengan pelbagai jenis tema (theme) yang dibangunkan oleh pengguna wordpress, terdapat juga tambahan fungsi dengan adanya pemalam (plugin). Pemalam ini merupakan pelengkap kepada sesebuah tema yang digunakan.

3. WordPress Merupakan 99% Mesra Enjin Carian Menurut Google

Berita baik adalah wordpress dibangunkan untuk menjadi sistem pengurusan kandungan yang memenuhi segala kriteria untuk Optimasi Enjin Carian (SEO). Malah terdapat banyak pemalam yang melengkapkan lagi sistem yang dibangunkan oleh wordpress seperti pemalam Yoast.

4. Mudah dan Mesra Pengguna

Menulis di wordpress adalah sangat mudah, terdapat pelbagai fungsi untuk anda menyusun atur kandungan laman sesawang anda. Disebabkan penggunaan wordpress ini semakin meluas, terdapat bermacam-macam tutorial yang telah disumbangkan oleh pengguna tidak kira di youtube mahupun dimana sahaja bentuk pentas perkongsian.

5. WordPress Sangat Mudah Untuk Proses Penyesuaian (Customize)

Fungsi yang ada pada panel kawalan (dashboard) wordpress memudahkan pembangun laman web untuk menyesuaikan mengikut kehendak pengguna. Selain itu, tema-tema yang dibangunkan sekarang juga telah banyak menyediakan fungsi yang lebih mudah dan maju untuk kemudahan pengguna terutamanya tema-tema berbayar.

6. Terdapat Komuniti Sokongan yang Luas

Apabila wordpress digunakan secara meluas maka komuniti sokongan menjadi bertambah banyak. Tip mudah yang saya lakukan apabila terdapat masalah ketika membangunkan wordpress adalah saya hanya perlu salin dan tampal pada enjin carian google masalah yang keluar. Pasti akan ada penyelesaiannya.

Jika masih tidak dapat selesaikan – boleh ke group di facebook yang bercerita mengenai wordpress. Tapi pastikan anda google terlebih dahulu.

2. Siri Panduan Buat Blog WordPress

1. Pembelian Domain dan Hosting di Malaysia

2. Proses Pemasangan WordPress Melalui CPanel Menggunakan Softaculous

Akan Bersambung…..